Letupan Beirut 2020

Letupan Beirut 2020
(Atas) Pelabuhan selepas letupan, silo bijirin termusnah dan kawah kelihatan
(Bawah) Akibat selepas letupan di pusat bandar
Tarikh04 Ogos 2020 (2020-08-04)
Masa18:08:18 EEST (15:08:18 UTC) (letupan kedua)
TempatPelabuhan Beirut
LokasiBeirut, Lubnan
Koordinat33°54′04″N 35°31′08″E / 33.901°N 35.519°E / 33.901; 35.519
JenisBencana ammonium nitrat
Maklumat mangsa
Kematian 207+ orang
Hilang 9+ orang
Cedera 6,500+ orang
Terpaksa berpindah 300,000+ orang
Ekonomi USD10–15+ bilion

Pada waktu petang 4 Ogos 2020, pada jam 18:08 EEST, letupan berganda berlaku di bandar Beirut, ibu negara Lubnan. Letupan ini berlaku di Pelabuhan Beirut dan mengorbankan sekurang-kurangnya 207 orang maut dan sekurang-kurangnya 6,500 orang tercedera. Gabenor Beirut Marwan Abboud menganggarkan antara 200,000 dan 250,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat letupan ini.

Letupan utama berhubung lebih kurang 2,750 tan metrik ammonium nitrat yang telah dirampas oleh pemerintah Lubnan daripada sebuah kapal terbiar dan disimpan di pelabuhan tanpa langkah keselamatan selama enam tahun sebelumnya. Ammonium nitrat mempunyai sejarah panjang bencana industri di seluruh dunia, dan oleh itu telah diberhentikan secara berperingkat-peringkat disebabkan kebimbangan salah guna dan keselamatan. Anggaran kesan setaraan bagi letupan ini antara 100 hingga 3000 tan metrik TNT.