Tarekat Hasyasyin

Hasyasyin atau Asasin (Bahasa Arab: أساسِيّون; Bahasa Parsi:حشاشین), ialah gelaran pengikut bagi cabang Nizari dari mazhab Islam Syiah Ismailiyah semasa Zaman Pertengahan. Nizari, atau Hasyasyin, sepertimana dikenali oleh musuh mereka, berpecah daripada Ismailiyah Kerajaan Khilafah Fatimiyah berikutan pertikaian mengenai pewarisan pemimpin agama dan politik Khalifah Fatimiyyah Al-Mustansir.