Bersuci

Bersuci atau Taharah merupakan perkara penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat.Bersuci dari segi bahasa ialah "Bersih" dan "Suci". Manakala dari segi istilah pula "Bersih dan suci dari najis dan hadas hingga membolehkan seseorang mengerjakan ibadat".