Harry Potter and the Half-Blood Prince (filem)

Harry Potter and the Half-Blood Prince
PengarahDavid Yates
PenulisFilem:
Steve Kloves
Novel:
J. K. Rowling
Dihasilkan olehDavid Heyman
David Barron
DibintangiDaniel Radcliffe
Rupert Grint
Emma Watson
Michael Gambon
Jim Broadbent
Alan Rickman
Tom Felton
Helena Bonham Carter
SinematografiBruno Delbonnel
Disunting olehMark Day
Muzik olehNicholas Hooper
Tema
John Williams
Syarikat
penerbitan
Heyday Films
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
15 Julai 2009
Masa tayangan
153 minit
BahasaBahasa Inggeris
BajetGBP£150 juta
(USD$250 juta)
Pecah panggung$929,357,638

Harry Potter and the Half-Blood Prince adalah filem tahun 2009 yang bertemakan aksi fantasi yang telah difilemkan berdasarkan buku keenam siri Harry Potter yang dikarang oleh J. K. Rowling, Harry Potter and the Half-Blood Prince.

Penggambaran bermula selepas filem Harry Potter and the Order of the Phoenix ditayangkan iaitu pada bulan September 2007. Pihak Warner Bros. telah mengumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 21 November 2008. Walau bagaimanapun, Alan Horn, Presiden dan Ketua Pegawai Pengurusan Warner Bros. telah mengumumkan pada 15 Ogos 2008 bahawa filem tersebut akan dianjakkan setahun iaitu pelancarannya seluruh dunia pada 15 Julai 2009, sehari sebelum ulang tahun keempat novel dengan tajuk yang sama diedarkan.

Steve Kloves telah menulis skrip filem tersebut walaupun beliau tidak menulis skrip filem Harry Potter kelima manakala David Yates, pengarah filem kelima, sekali lagi telah mengarah untuk filem ini yang menjadikan beliau orang yang kedua mengarah dua filem Harry Potter selepas Christopher Columbus.

Di seluruh dunia kecuali di Amerika Syarikat, filem keenam ini ditayangkan serentak di panggung wayang biasa dan juga pangggung wayang IMAX 3D. Di Amerika Syarikat yang mana tayangan di panggung wayang IMAXnya lewat selama dua minggu iaitu bermula pada 29 Julai adalah kerana komitmen filem yang terlebih dahulu menggunakan khidmat panggung wayang IMAX di sana iaitu filem Transformers: Revenge of the Fallen.

Filem tersebut telah berjaya mencipta kejayaan komersial dengan segera, kerana telah berjaya memecahkan rekod kutipan hari pertama paling banyak, dan dalam tempoh lima hari sahaja, filem ini berjaya mengutip keuntungan sebanyak $394 juta yang pula memecahkan rekod kutipan kasar terbanyak dalam tempoh lima hari. Kini, ia berada di tangga kelapan, filem paling banyak mengaut keuntungan sebanyak $930 juta menjadikan ia filem ketiga siri Harry Potter yang mendapat tempat dari 10 buah filem yang terdapat dalam carta yang sama.

Warner Bros. telah menghantar filem ini untuk dipertandingkan untuk anugerah pada tahun 2009. Runut untuk filem ni pula telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy 2010 untuk "Best Score Soundtrack Album For Motion Picture, Television Or Other Visual Media" (Skor Album Runut Terbaik untuk Filem, Televisyen atau Media Visual yang lain).