Harimau dahan Sunda
| Harimau dahan Sunda Julat zaman: Pleistosen Awal hingga kini
| |
|---|---|
| Seekor Harimau dahan Borneo, hilir Sungai Kinabatangan, timur Sabah, Malaysia | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Mammalia |
| Order: | Carnivora |
| Suborder: | Feliformia |
| Keluarga: | Felidae |
| Genus: | Neofelis |
| Spesies: | N. diardi
|
| Nama binomial | |
| Neofelis diardi (G. Cuvier, 1823)
| |
| Subspecies | |
| |
| Taburan harimau dahan Sunda, 2016 | |
Harimau dahan Sunda (Neofelis diardi) ialah sejenis kucing liar bersaiz sederhana yang boleh ditemui di Borneo dan Sumatera. Ia dinamakan sedemikian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada 14 Mac 2007. Walaupun kewujudannya telah diketahui oleh ahli sains sejak awal abad ke-19, ia cuma diangkat menjadi spesies baru pada 2006, setelah lama dipercayai merupakan subspesies harimau dahan tanah besar (Neofelis nebulosa). WWF memetik kata-kata Dr. Stephen O'Brien dari Institut Barah Kebangsaan A.S. yang berbunyi, "Keputusan penyelidikan genetik dengan jelas menunjukkan bahawa harimau dahausSunda dipertimbangkan sebagai spesies berasingan".
Pada tahun 2008, IUCN telah mengelaskan spesies ini sebagai spesies terjejas, dengan jumlah populasi berkesan dianggarkan kurang daripada 10,000 individu matang, dan dalam pola semakin berkurang.