Harimau dahan

Harimau dahan
Harimau dahan di Taman Negara Kaeng Krachan
CITES Appendix I (CITES)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Neofelis
Spesies:
N. nebulosa
Nama binomial
Neofelis nebulosa
(Griffith, 1821)
Taburan harimau dahan

Harimau dahan (Neofelis nebulosa), turut dikenali sebagai harimau akar, ialah sejenis kucing besar yang dijumpai dari kaki bukit Himalaya melalui tanah besar Asia Tenggara hingga ke China, dan dikelaskan sebagai terancam pada 2008 oleh IUCN. Jumlah saiz populasinya mungkin kurang daripada 10,000 individu matang, dengan trend populasi yang menurun dan tiada satu populasi berjumlah lebih daripada 1,000 dewasa.