Harihara

Harihara (Sanskrit: हरिहर) ialah rupa jelmaan Tuhan Hindu, Vishnu (Hari) dan Shiva (Hara). Harihara juga dikenali sebagai Haryardha-murti dan Sankaranarayana ("Sankara" merujuk kepada Shiva pada bahagian kanan dan "Narayana" merujuk kepada Vishnu) pada bahagian kiri.

Harihara kadangkala digunakan sebagai istilah falsafah untuk menandakan kesatuan Vishnu dan Shiva sebagai aspek berbeza daripada Hakikat Mutlak yang sama, iaitu Brahman. Konsep kesetaraan para dewa sebagai satu prinsip serta "kesatuan semua kewujudan" ini dibincangkan sebagai Harihara dalam teks-teks aliran Advaita Vedanta dalam falsafah Hindu.

Beberapa arca terawal Harihara, dengan satu bahagian menggambarkan Vishnu dan bahagian lain menggambarkan Shiva, ditemui di gua-gua kuil India yang masih wujud, seperti di gua 1 dan gua 3 Kuil Gua Badami dari abad ke-6.