Hari Wesak

Wesak
Perayaan Wesak di candi Borobudur,
Jawa Tengah, Indonesia
Nama rasmiVesākha
Vesak
Wesak
Waisak
Visakah Puja
Vaishaka
Buddha Purnima
Visakha Bucha
Saga Dawa
Juga dikenali sebagai
Trisuci Waisak
Diraikan oleh/di
Semua penganut agama Buddha
JenisAgama Buddha
KepentinganKelahiran, penerangan sempurna dan Parinibana (mangkat) Buddha
UpacaraMeditasi, mengamalkan lapan sila, berdana, "memandikan" patung bayi Putera Siddhartha
TarikhBulan penuh Taurus pertama, bulan Mei(tahun biasa) atau Jun (tahun kabisat)
Tarikh 202422 Mei (Kemboja, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand)
23 Mei (Indonesia, Sri Lanka)
Tarikh 202511 Mei (Kemboja, Myanmar, Thailand)
12 Mei (Indonesia, Malaysia, Singapura, Sri Lanka)
Tarikh 202630 April (Myanmar)
1 Mei (Kemboja, Sri Lanka, Thailand)
31 Mei (Indonesia, Malaysia, Singapura)
Berkaitan dengan
Hanamatsuri
Hari Bodhi

Hari Wesak, Waisak atau Vesak merupakan hari terpenting diraikan penganut agama Buddha memperingati hidup pengasas ajaran mereka iaitu Siddharta Gautama Buddha dalam peringkat-peringkat penting beliau iaitu kelahirannya di Lumbini, pencapaian kecerahan agung selepas sekian lama bertapa dan kemangkatannya di Kusinara. Perayaan ini disambut luas serata Asia Selatan, Tenggara dan Timur antara bulan April hingga selewat-lewat bulan Jun, tetapi khususnya pada bulan Mei.