Lumbini
| Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
|---|---|
| Kriteria | Kebudayaan: iii, vi |
| Rujukan | 666 |
| Inskripsi | Sesi 1997 (21st ) |
Lumbini (Sanskrit: लुम्बिनी, "yang indah") ialah sebuah tapak ziarah Buddha di daerah Kapilavastu, Nepal, berhampiran sempadan India. Inilah tempatnya Ratu Mayadevi dipercayai memputerakan Siddhartha Gautama, iaitu tokoh bergelar Buddha Gautama yang melahirkan tradisi Buddha. Buddha hidup dari lebih kurang tahun 563 hingga 483 SM. Lumbini ialah salah satu daripada empat kawasan tumpuan ziarah yang didirikan di tempat-tempat terpenting dalam riwayat Buddha, di samping Kushinagar, Bodh Gaya, dan Sarnath.
Lumbini terletak di tapak pergunungan Himalaya, 25 km di timur perbandaran Kapilavastu, di mana dipercayai menjadi kediaman Buddha sehingga berusia 29 tahun. Di Lumbini ada beberapa buah kuil, termasuk kuil Mayadevi dan lain-lain yang masih dalam pembinaan. Di situ juga adanya Puskarini atau Kolam Suci, di mana ibunda Buddha berendam sebelum melahirkannya dan juga Buddha dimandikan buat kali pertama, di samping juga sisa-sisa istana Kapilvastu. Menurut tradisi, di tapak-tapak lain berhampiran Lumbini, Buddha-Buddha terawal lahir, mencapai kesedaran mutlak dan akhirnya melepaskan segala bentuk duniawi.