Harakah

Harakah
JenisAkhbar Mingguan
FormatTabloid
Diasaskan1987
Pemihakan politik Parti Islam Se-Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Ibu pejabatJalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, 53000
BandarKuala Lumpur
NegaraMalaysia
EdaranSeluruh Malaysia [1]
Akhbar saudaraHarakahdaily
PemilikParti Islam Se-Malaysia
PengasasMohd Nakhaie Haji Ahmad, Subky Abdul Latif, Mohd Yusof Jalil, Ishak Haji Surin
PenerbitGaleri Media Serbaneka Sdn. Bhd.
PengarangKartini Ahmad (penyandang)
Laman sesawangeharakah.net.my

Harakah ialah akhbar yang diasaskan pada 1987 oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS diberikan permit penerbitan Harakah pada 1 Mac 1987 dengan kekerapan seminggu sekali. Edisi pertama Harakah diedarkan tujuh hari sebelum Muktamar PAS ke-33 iaitu pada 3 April 1987 dengan cetakan sebanyak 15,000 naskah. Pada awalnya ia dijual pada ahli PAS dengan bilangan 35,000 keluaran. Peneraju awal Harakah adalah Dato' Mohammad Nakhaie Ahmad dan dibantu oleh Haji Subky Abdul Latif, Mohd Yusof Jalil dan Ishak Haji Surin.