Subky Abdul Latif

Tuan Haji
Subky Abdul Latif
KMW (Wilayah Persekutuan)
Pengerusi As-Sabiqun
Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
2017–2020
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehMahfodz Mohamed
Maklumat peribadi
Lahir
Ahmad Subki bin Abdul Latif

(1940-07-28)28 Julai 1940
Sitiawan, Perak
Meninggal dunia23 Jun 2020(2020-06-23) (umur 79)
Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHajah Naznah Taha
PertalianBaharuddin Abdul Latif (abang)
Anak
  • Dang Fatiha
  • Hang Muhammad Iftitah
  • Abdul Latif Rahbar
  • Muhammad Ramadhan Subky
  • Ahmad Huzaifah
Kediaman Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur
PekerjaanAhli politik, Wartawan

Haji Ahmad Subki bin Abdul Latif atau Subky Abdul Latif (28 Julai 1940 – 23 Jun 2020) merupakan seorang penulis, wartawan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Mens Sana in Corpore Sano dalam akhbar Harakah terbitan PAS, dan kolumnis bagi portal Harakahdaily. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.