Gyeongbokgung

Istana Gyeongbok
경복궁
Gyeongbokgung
Maklumat umum
JenisIstana diraja (dahulu)
Gaya seni binaKorea
LokasiSajik-ro, Daerah Jongno, 03045
Alamat서울특별시 종로구 사직로 161
Bandar/pekanDaerah Jongno, Seoul
NegaraKorea Selatan
Koordinat37°34′43″N 126°58′38″E / 37.57861°N 126.97722°E / 37.57861; 126.97722
Penyewa terkiniMuzium Istana Negara Korea
Muzium Rakyat Kebangsaan
Pembinaan bermula1395
Dibuka pada1395
Butiran teknikal
Keluasan permukaan432,703 m²
Maklumat lain
https://royal.khs.go.kr/ROYAL/main/index.do
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGyeongbokgung
McCune–ReischauerKyŏngbokkung
sunting · sunting di Wikidata

Gyeongbokgung (Korea경복궁; Hanja景福宮), juga dikenali sebagai Istana Gyeongbokgung atau Istana Gyeongbok, adalah istana utama dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395, ia terletak di utara Seoul, Korea Selatan. Istana yang terbesar daripada Lima Istana Besar yang dibina oleh dinasti Joseon, Gyeongbokgung menjadi tempat persemayaman Raja-raja dinasti Joseon, kerabat-kerabat Raja, serta kerajaan Joseon.

Gyeongbokgung terus menjadi istana utama dinasti Joseon sehingga premis itu dimusnahkan oleh api semasa Perang Imjin (1592-1598) dan ditinggalkan selama dua abad. Walau bagaimanapun, pada abad ke-19, semua 7,700 buah bilik istana kemudian dipulihkan di bawah pimpinan Putera Pangkuan Heungseon semasa pemerintahan Raja Gojong. Sebanyak 500 bangunan telah dipulihkan di tapak lebih daripada 40 hektar itu. Prinsip-prinsip seni bina Korea kuno telah dimasukkan ke dalam tradisi dan penampilan istana diraja Joseon.

Pada awal abad ke-20, banyak istana dihancurkan secara sistematik oleh Empayar Jepun. Sejak itu, kompleks istana berdinding secara beransur-ansur dipulihkan kepada bentuk asalnya. Hari ini, istana ini boleh dikatakan sebagai yang paling indah dan mempesonakan daripada semua lima buah istana. Ia juga menempatkan Muzium Istana Negara Korea dan Muzium Rakyat Kebangsaan di dalam kawasan kompleks itu.