Gunung Korbu
| Gunung Korbu ڬونوڠ كوربو | |
|---|---|
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 2,183 m (7,162 ka) |
| Geografi | |
Gunung Korbu ڬونوڠ كوربو Lokasi di Malaysia | |
| Lokasi | Daerah Kinta, Perak |
| Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Gunung Korbu ialah sebuah gunung yang terletak di Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Berketinggian setinggi 2,183 meter, ia adalah kemuncak tertinggi di Perak dan keseluruhan Banjaran Titiwangsa, serta kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Gunung Tahan, Pahang.
Berdekatan Gunung Korbu adalah Gunung Yong Belar (2,181 m), terletak 8 km ke selatan. Gunung-gunung Tahan, Korbu dan Yong Belar juga termasuk dalam senarai tujuh gunung tertinggi di semenanjung yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7,000 kaki) dari aras laut, dikenali dalam kalangan komuniti pendaki sebagai G7. Kesemua gunung G7 terletak sepanjang jajaran Banjaran Titiwangsa, kecuali Gunung Tahan.