Gunung Judi
| Gunung Judi | |
|---|---|
Pegunungan dilihat dari Şırnak. | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 2,089 m (6,854 ka) |
| Koordinat | 37°22′10″N 42°20′39″E / 37.36944°N 42.34417°E |
| Geografi | |
Gunung Judi Provinsi Şırnak, Wilayah Anatolia Tenggara, Turki Gunung Judi Gunung Judi (Asia) Gunung Judi Gunung Judi (Bumi) | |
| Induk banjaran | Zagros |
Gunung Judi (Arab: ٱلْجُوْدِيّ, rumi: al-Jūdiy; Turki: Cudi ejaan lama Uthmani: جودي) terletak dalam kawasan hulu sungai Dajlah (k. 32 bt (51 km)) di timur laut Cizre, Şırnak tenggara Turki berdekatan titik sempadan Suriyah dan Iraq pada latitud: 37°22'28.21" dan longitud: 42°28'16.03".
Ia masyhur tersebut dalam ayat 44 surah Hud kitab al-Qur'an pegangan umat Islam sebagai tempat berlabuhnya bahtera Nabi Nuh yang turut dikukuhkan sejarawan seperti Abu Hasan Al-Masu'di dan Yaqut al-Hamawi dan dilawati Ibn Battutah; sebuah masjid turut pernah diceritakan pernah didirikan di situ. Umat Kristian aliran Hawari Armenia turut berpendapat demikian sehingga abad ke-11 di mana para agamawan zaman itu berpendapat bahtera tersebut berlabuh di Gunung Ararat yang lebih ke utara.