Ibnu Battutah
Ibnu Battutah | |
|---|---|
أبو عبد الله محمد بن عبد الله اللواتي الطنجي بن بطوطة | |
| Kelahiran | 24 Februari 1304 Tanjah, Maghribi Marinid |
| Meninggal dunia | 1369 (umur 64–65) Maghribi Marinid |
| Pekerjaan | Ahli geografi, penjelajah |
| Era | Zaman pascaklasik |
Ibnu Battutah (Arab: ابن بطوطة, rumi: Ibn Baṭṭūṭah, lahir 24 Februari 1304 – 1369) merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendekiawan dan ulama mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai qadi atau hakim. Walau bagaimanapun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.