Yaqut al-Hamawi

Yaqut bin Abdullah ar-Rumi al-Hamawi
Peribadi
Kelahiran1179
Konstantinopel, Kekaisaran Romawi Timur
(kini Istanbul, Turki)
Kematian1229 (berumur 49–50)
Aleppo, Keamiran Zankiyah
(sekarang Suriah)
AgamaIslam
EraAbbasiyah era akhir (abad ke-12-13 M)
KawasanMesopotamia
Kecenderungan utamaSejarah Islam, geografi, biografi

Yaqut Syihabuddin bin Abdullah ar-Rumi al-Ḥamawi (1179–1229) (Arab: ياقوت الحموي الرومي) ialah seorang cendekiawan Muslim keturunan Yunani Bizantium yang aktif semasa zaman Kekhalifahan Abbasiyah (abad ke-12-13 M). Beliau terkenal dengan Mu'jam al-Buldan, sebuah karya yang berpengaruh dalam bidang geografi yang mengandungi maklumat yang berharga mengenai tabaqah (biografi), tarikh (sejarah), adab (sastra), dan geografi dunia Islam.