Gunung Aoraki
| Gunung Aoraki/Gunung Cook | |
|---|---|
| Aoraki / Mount Cook | |
Pemandangan gunung Aoraki dari paras tinggi 4,000 meter | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 3,724 m (12,218 ka) |
| Tonjolan | 3,724 m (12,218 ka) ke-39 |
| Pengasingan | 3,140 kilometer (1,950 bt) |
| Senarai | Titik tertinggi negara Tonjolan ultra |
| Koordinat | 43°35′42″S 170°8′31″E / 43.59500°S 170.14194°E |
| Geografi | |
Gunung Aoraki/Gunung Cook Pulau Selatan, New Zealand | |
| Induk banjaran | Alp Selatan |
| Pendakian | |
| Pendakian pertama | 1894 oleh Tom Fyfe, George Graham, Jack Clarke |
| Laluan paling mudah | Pendakian glasier/salji/ais |
Gunung Aoraki (nama lama: Gunung Cook, bahasa Inggeris: Mount Cook; nama gandingan rasmi diberikan: Aoraki / Mount Cook) adalah gunung tertinggi di New Zealand dengan ketinggian dicatatkan sebanyak 3724 meter. Ia terletak di kawasan Alp Selatan yang membentang sepanjang wilayah Canterbury di Pulau Selatan.
Gunung ini sebahagian daripada Taman Negara Gunung Aoraki / Cook yang merupakan suatu tarikan pelancongan yang popular, terutamanya dalam kalangan pendaki gunung. Gunung ini terdiri daripada tiga puncak: dari selatan ke utara, Puncak Rendah ( 3,593 m atau 11,788 ka), Puncak Tengah ( 3,717 m atau 12,195 ka ) dan Puncak Tinggi.