Pergunungan Kerelip
| Pergunungan Kerelip | |
|---|---|
| Kā Tiritiri o te Moana | |
Pergunungan dilitup salji dari angkasa | |
| Titik tertinggi | |
| Puncak | Gunung Aoraki |
| Ketinggian | 3,724 m (12,218 ka) |
| Koordinat | 43°35′44.69″S 170°8′27.75″E / 43.5957472°S 170.1410417°E |
| Dimensi | |
| Panjang | 500 km (310 bt) |
| Geografi | |
| Lokasi | Pulau Selatan, New Zealand |
| Koordinat banjaran | 43°30′S 170°30′E / 43.500°S 170.500°E |
Pergunungan Kerelip (Bahasa Māori: [Kā Tiritiri o te Moana] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help) "Kerelipan Laut", bahasa Inggeris: Southern Alps "Alp Selatan") terletak di bahagian barat Pulau Selatan New Zealand.
Pergunungan ini dikenali orang Māori melalui suatu cerita yang mengisahkan pelayaran Māui, pahlawan terhebat mereka, bersama suatu rombongannya merentasi Pulau Selatan. Salah seorang penumpang perahunya menjumpai kelibat daratan dari jauh dan cuba memberitahu Māui, namun Māui meragui khabar ini sambil menganggap apa yang dilihatnya (barangkali puncak bersalji gunung-ganangnya) cuma pantulan sinaran matahari yang kelip-mengelip (tiritiri) di atas permukaan laut.