Daki gunung
Daki gunung (mountaineering) ialah sejenis kegiatan sukan yang melibatkan pendakian gunung-ganang. Kegiatan ini tidak semestinya dihadkan kepada mendaki muka bumi yang tinggi bersalji - misalnya glasier - atau berbatu seperti yang diterima beberapa pihak, tetapi juga melibatkan kegiatan lain seperti berski, merenoka denai hutan (hiking) mahupun backpacking.
Sukan ini dikhususkan bergantung kepada ciri muka bumi yang didaki sama ada ciri tersebut berpermukaan batu, salji mahupun ais; setiap muka bumi ini datangnya dengan bahaya yang tersendiri, maka pengetahuan dan kemahiran teknikal yang mendalam serta kebolehan fizikal sangat diperlukan agar keselamatan nyawa dapat terjamin ketika melakukan kegiatan ini.