Green Lane, Pulau Pinang

Green Lane
青草巷 (Cina)
பசுமை சாலை (Tamil)
Diselenggarakan olehMajlis Bandaraya Pulau Pinang
Component
highways
P19 Jalan Lingkaran Tengah Pulau Pinang
LokasiGeorge Town
Koordinat5°24′17″N 100°18′13″E / 5.404637°N 100.303638°E / 5.404637; 100.303638
Akhir Utara
  • Jalan Scotland
    *Jalan Ayer Itam
Akhir SelatanBulatan Udini
JALAN MASJID NEGERI
Green Lane11600 P. PINANG

Green Lane ialah jalan utama di dalam bandar raya George Town dalam negeri Malaysia Pulau Pinang. Sebagai sebahagian daripada Jalan Lingkaran Tengah Pulau Pinang, Green Lane bermula dari persimpangan dengan Jalan Scotland dan Jalan Ayer Itam, dan memanjang ke arah selatan sehingga ke Bulatan Udini.

Dahulunya sebuah jalan yang tenang dan dipenuhi kehijauan, Green Lane menyaksikan proses pembandaran pesat sejak tahun 1950-an, menjadikannya sebuah kawasan kejiranan mewah. Walaupun begitu, jalan ini masih terkenal dengan elemen kehijauannya, dengan deretan pokok matang di kedua-dua belah jalan serta di bahagian pembahagi tengah. Green Lane turut menempatkan dua buah sekolah mubaligh terkemuka di Pulau Pinang – Penang Free School dan Convent Green Lane.