Grand Prix Turki 2011

  Grand Prix Turki 2011
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-4 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2011.

Tarikh 8 Mei 2011
Nama rasmi 2011 Formula 1 DHL Turkish Grand Prix
Lokasi Istanbul Park, Istanbul, Turki
Litar Kemudahan perlumbaan tetap
5.34 km (3.32 batu)
Jarak 58 pusingan, 309.72 km (192.56 batu)
CuacaCerah, tenang dan kering

Suhu udara 17 °C (63 °F)


Suhu litar 35 °C (95 °F) jatuh ke 30 °C (86 °F)
Petak pertama
Pemandu Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:25.049
Pusingan terpantas
Pemandu Mark Webber Red Bull-Renault
Masa 1:29.703 pada pusingan ke-48
Podium
Pertama Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Kedua Mark Webber Red Bull-Renault
Ketiga Fernando Alonso Ferrari
Peneraju pusingan

Grand Prix Turki 2011 (nama rasmi: 2011 Formula 1 DHL Turkish Grand Prix,) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 8 Mei 2011 di Istanbul Park di Istanbul, Turki. Ia merupakan perlumbaan keempat musim 2011. Perlumbaan sepanjang 58 pusingan ini dimenangi oleh peneraju kejuaraan, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull, yang bermula di petak pertama. Rakan seperjuangannya, Mark Webber, menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Fernando Alonso dari Ferrari, mendapat tempat ketiga.

Ini merupakan Grand Prix Turki yang terakhir (sehingga kini), selepas Grand Prix ini dikeluarkan dari kalendar musim 2012.