Grand Prix Korea 2012

  Grand Prix Korea 2012
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-16 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012.

Tarikh 14 Oktober 2012
Nama rasmi 2012 Formula 1 Korean Grand Prix
Lokasi Yeongam, Selatan Jeolla, Korea Selatan
Litar Litar Antarabangsa Korea
5.621 km (3.493 batu)
Jarak 55 pusingan, 309.155 km (192.100 batu)
CuacaKering
Petak pertama
Pemandu Mark Webber Red Bull-Renault
Masa 1:37.242
Pusingan terpantas
Pemandu Mark Webber Red Bull-Renault
Masa 1:42.037 pada pusingan ke-54
Podium
Pertama Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Kedua Mark Webber Red Bull-Renault
Ketiga Fernando Alonso Ferrari
Peneraju pusingan

Grand Prix Korea 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Korean Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu. Ia merupakan perlumbaan ke-16 bagi musim 2012. Ia telah berlangsung pada 14 Oktober 2012 di Litar Antarabangsa Korea. Perlumbaan ini merupakan Grand Prix Korea yang ketiga. Mark Webber memulakan perlumbaan dari petak pertama, di hadapan rakan sepasukan, Sebastian Vettel, yang memenangi perlumbaan tersebut. Berikutan kemenangan Vettel, beliau melonjak ke tangga pertama dalam kedudukan Kejuaraan Pemandu Dunia.