Grand Prix Korea 2011
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-16 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2011. | ||
| Tarikh | 16 Oktober 2011 | |
| Nama rasmi | 2011 Formula 1 Korean Grand Prix | |
| Lokasi | Yeongam, Jeolla Selatan, Korea Selatan | |
| Litar | Litar Antarabangsa Korea 5.621 km (3.493 batu) | |
| Jarak | 55 pusingan, 309.155 km (192.100 batu) | |
| Cuaca | Kering, hujan renyai pada awal perlumbaan, Suhu udara 21 °C (70 °F) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Masa | 1:35.820 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Masa | 1:39.605 pada pusingan ke-55 | |
| Podium | ||
| Pertama | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Kedua | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Ketiga | Mark Webber | Red Bull-Renault |
Grand Prix Korea 2011, (nama rasmi: 2011 Formula 1 Korean Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan Formula Satu yang diadakan di Litar Antarabangsa Korea di Yeongam, Jeolla Selatan, Korea Selatan pada 16 Oktober 2011, sebagai pusingan ke-16 musim 2011, dan merupakan Grand Prix Korea yang kedua, dan perlumbaan pertama semenjak Sebastian Vettel merangkul Kejuaraan Pemandu Dunia 2011.
Perlumbaan sepanjang 55 pusingan ini dimenangi oleh Vettel yang bermula dari tempat kedua. Lewis Hamilton mendapat tempat kedua untuk McLaren, sementara Mark Webber mendapat tempat ketiga. Kesan perlumbaan ini, Vettel dan Webber memastikan pasukan Red Bull mempertahankan Kejuaraan Pengeluar Dunia dengan mencatat sejumlah 140 mata.