Grand Prix Korea 2010

  Grand Prix Korea 2010
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-17 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2010.

Tarikh 24 Oktober 2010
Nama rasmi Korean Grand Prix
Lokasi Yeongam, Jeolla Selatan, Korea Selatan
Litar Litar Antarabangsa Korea
5.615 km (3.489 batu)
Jarak 55 pusingan, 308.630 km (191.774 batu)
CuacaHujan
Petak pertama
Pemandu Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:35.585
Pusingan terpantas
Pemandu Fernando Alonso Ferrari
Masa 1:50.257 pada pusingan ke-42
Podium
Pertama Fernando Alonso Ferrari
Kedua Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Ketiga Felipe Massa Ferrari
Peneraju pusingan

Grand Prix Korea 2010 ialah sebuah perlumbaan Formula Satu, dan merupakan pusingan ketujuh belas dalam kalendar Formula Satu musim 2010. Perlumbaan ini diadakan di Litar Antarabangsa Korea di Yeongam, Jeolla Selatan, Korea Selatan pada 24 Oktober 2010. Perlumbaan ini merupakan Grand Prix yang pertama untuk diadakan di Korea Selatan.

Perlumbaan ini dimenangi oleh Fernando Alonso, dari pasukan Ferrari yang mengambil alih tempat peneraju kejuaraan pemandu setelah pemandu Red Bull, Sebastian Vettel terkeluar sebagai peneraju perlumbaan pada pusingan ke-46 akibat kerosakan enjin.