Grand Prix Itali 2012
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-13 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
Autodromo Nazionale Monza | ||
| Tarikh | 9 September 2012 | |
| Nama rasmi | Formula 1 Gran Premio Santander d'Italia 2012 | |
| Lokasi | Autodromo Nazionale Monza, Monza, Itali | |
| Litar | Litar perlumbaan tetap 5.793 km (3.6 batu) | |
| Jarak | 53 pusingan, 306.720 km (190.58 batu) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Masa | 1:24.010 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Nico Rosberg | Mercedes |
| Masa | 1:27.239 pada pusingan ke-53 | |
| Podium | ||
| Pertama | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Kedua | Sergio Pérez | Sauber-Ferrari |
| Ketiga | Fernando Alonso | Ferrari |
Grand Prix Itali 2012 (nama rasmi: Formula 1 Gran Premio Santander d'Italia 2012) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Autodromo Nazionale Monza, Monza, Itali, pada 9 September 2012. Ia merupakan perlumbaan yang ke-13 dalam musim 2012, dan merupakan perlumbaan yang terakhir di Eropah sebelum Formula Satu kembali ke Asia untuk Grand Prix Singapura.
Lewis Hamilton memulakan perlumbaan ini dari petak pertama, di hadapan rakan sepaskan, Jenson Button. Hamilton berjaya memenangi perlumbaan ini, empat saat di hadapan Sergio Pérez. Fernando Alonso melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga untuk pasukan Ferrari.