Grand Prix India 2012

  Grand Prix India 2012
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-17 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012.

Tarikh 28 Oktober (28 Oktober) 2012
Nama rasmi 2012 Formula 1 Airtel Grand Prix of India
Lokasi Litar Antarabangsa Buddh
Noida Raya, Uttar Pradesh, India
Litar Litar perlumbaan tetap
5.137 km (3.191 batu)
Jarak 60 pusingan, 308.22 km (191.519 batu)
Petak pertama
Pemandu Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:25.283
Pusingan terpantas
Pemandu Jenson Button McLaren-Mercedes
Masa 1:28.203 pada pusingan ke-60
Podium
Pertama Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Kedua Fernando Alonso Ferrari
Ketiga Mark Webber Red Bull-Renault
Peneraju pusingan

Grand Prix India 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Airtel Grand Prix of India) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang telah diadakan di Litar Antarabangsa Buddh pada 28 Oktober 2012. Ia merupakan perlumbaan yang ke-17 dalam musim 2012, dan merupakan Grand Prix India yang kedua. Perlumbaan ini akan dipertandingkan sebanyak 60 pusingan.

Pendahulu Kejuaraan Dunia Pemandu, Sebastian Vettel, memulakan perlumbaan ini dari petak pertama, dan berjaya memenangi perlumbaan ini untuk Red Bull Racing., namun gagal mendapat Grand Chalem selepas Jenson Button mendapat masa pusingan terpantas.