Grand Prix Hungary 2011

  Grand Prix Hungary 2011
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-11 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2011.

Litar Hungaroring
Tarikh 31 Julai 2011
Nama rasmi XXVII Eni Magyar Nagydij
Lokasi Hungaroring, Mogyoród, Hungary
Litar Litar perlumbaan
4.38 km (2.72 batu)
Jarak 70 pusingan, 306.66 km (190.55 batu)
Petak pertama
Pemandu Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:19.815
Pusingan terpantas
Pemandu Felipe Massa Ferrari
Masa 1:23.415 pada pusingan ke-61
Podium
Pertama Jenson Button McLaren-Mercedes
Kedua Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Ketiga Fernando Alonso Ferrari
Peneraju pusingan

Grand Prix Hungary 2011 (nama rasmi: XXVII Eni Magyar Nagydij) ialah sebuah perlumbaan motor Formula Satu yang diadakan di Hungaroring pada 31 Julai 2011, sebagai perlumbaan ke-11 Formula Satu musim 2011. Perlumbaan sebanyak 70 pusingan ini dimenangi oleh Jenson Button dari pasukan McLaren, setelah bermula dari tempat ketiga dalam permulaan Grand Prixnya yang ke-200. Peneraju kejohanan, Sebastian Vettel yang bermula dari petak pertama menghabiskan perlumbaan di tempat kedua untuk Red Bull, sementara Fernando Alonso di tempat ketiga untuk pasukan Ferrari.