Grand Prix Eropah 2012
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-8 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
Litar Jalan Valencia | ||
| Tarikh | 24 Jun 2012 | |
| Nama rasmi | 2012 Formula 1 Grand Prix of Europe | |
| Lokasi | Litar Jalan Valencia, Valencia, Sepanyol | |
| Litar | Litar jalan sementara 5.419 km (3.367 batu) | |
| Jarak | 57 pusingan, 308.883 km (191.931 batu) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Masa | 1:38.086 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Nico Rosberg | Mercedes |
| Masa | 1:42.163 pada pusingan ke-54 | |
| Podium | ||
| Pertama | Fernando Alonso | Ferrari |
| Kedua | Kimi Räikkönen | Lotus-Renault |
| Ketiga | Michael Schumacher | Mercedes |
Grand Prix Eropah 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Grand Prix of Europe) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Jalan Valencia di Valencia, Sepanyol pada 24 Jun 2012, sebagai pusingan kelapan musim 2012, dan kali terakhir litar ini menjadi tuan rumah Grand Prix Eropah; mulai musim 2013, Grand Prix Sepanyol akan bersilih-ganti antara Barcelona dan Valencia. Sebastian Vettel mendapat kedudukan petak pertama ke-33 kerjayanya namun terpaksa bersara dari perlumbaan. Fernando Alonso memenangi Grand Prix ini, diikuti oleh Kimi Räikkönen di tempat kedua dan Michael Schumacher di tempat ketiga. Ini kali pertama mereka bertiga di podium bersama sejak Grand Prix Kanada pada tahun 2006.