Grand Prix Eropah 2007

  Grand Prix Eropah 2007
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-10 daripada 17 dalam Formula Satu musim 2007.

Nürburgring (Litar GP)
Tarikh 22 Julai 2007
Nama rasmi LI Grand Prix of Europe
Lokasi Nürburgring, Nürburg, Jerman
Litar Litar perlumbaan tetap
5.148 km (3.199 batu)
Jarak 60 pusingan, 308.863 km (191.919 batu)
CuacaHujan lebat pada pusingan pertama. Litar mula kering apabila perlumbaan dimulakan semua. Hujan renyai sebelum tamat.
Petak pertama
Pemandu Kimi Räikkönen Ferrari
Masa 1:31.450
Pusingan terpantas
Pemandu Felipe Massa Ferrari
Masa 1:32.853 pada pusingan ke-34
Podium
Pertama Fernando Alonso McLaren-Mercedes
Kedua Felipe Massa Ferrari
Ketiga Mark Webber Red Bull
Peneraju pusingan

Grand Prix Eropah 2007 (Pada asalnya: Grand Prix Jerman 2007) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Nürburgring. Ia merupakan perlumbaan kesepuluh dalam kalendar Formula Satu musim 2007. Perlumbaan ini dimenangi oleh Fernando Alonso, dari pasukan McLaren.

Fernando Alonso memenangi Grand Prix ini dari pasukan McLaren, diikuti oleh Felipe Massa dari pasukan Ferrari dan Mark Webber di tempat ketiga, dari pasukan Red Bull.

Christijan Albers tidak memulakan perlumbaan ini untuk Spyker F1 kerana gagal membayar wang penajaan. Penggantinya adalah pemandu tempatan, Markus Winkelhock, anak bekas pemandu Formula Satu, Manfred Winkelhock. Ini adalah perlumbaan terakhir untuk pemandu Toro Rosso, Scott Speed. Beliau digantikan oleh pemandu ujian BMW Sauber, Sebastian Vettel.