Grand Prix China 2012

  Grand Prix China 2012
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-3 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012.

Tarikh 15 April 2012
Nama rasmi 2012 Formula 1 UBS Chinese Grand Prix
Lokasi Litar Antarabangsa Shanghai
Shanghai, China
Litar Kemudahan perlumbaan tetap
5.451 km (3.387 batu)
Jarak 56 pusingan, 305.066 km (189.559 batu)
Petak pertama
Pemandu Nico Rosberg Mercedes
Masa 1:35.121
Pusingan terpantas
Pemandu Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari
Masa 1:39.960 pada pusingan ke-40
Podium
Pertama Nico Rosberg Mercedes
Kedua Jenson Button McLaren-Mercedes
Ketiga Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Peneraju pusingan

Grand Prix China 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 UBS Chinese Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 15 April 2012, di Litar Antarabangsa Shanghai di Shanghai,China. Ini merupakan Grand Prix China yang kesembilan dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu. Perlumbaan ini merupakan perlumbaan ketiga dalam kalendar Formula Satu musim 2012. Nico Rosberg memenangi perlumbaan ini setelah mendapat petak pertama. Ini merupakan perlumbaan yang ke-111 bagi Rosberg. Jenson Button dan Lewis Hamilton mendapat tempat kedua dan ketiga masing-masing.