Grand Prix China 2007
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-16 daripada 17 dalam Formula Satu musim 2007. | ||
Litar Antarabangsa Shanghai | ||
| Tarikh | 7 Oktober 2007 | |
| Nama rasmi | IV Sinopec Chinese Grand Prix | |
| Lokasi | Litar Antarabangsa Shanghai Shanghai, Republik Rakyat China | |
| Litar | Litar perlumbaan tetap 5.451 km (3.387 batu) | |
| Jarak | 56 pusingan, 305.066 km (189.559 batu) | |
| Cuaca | Hujan renyai pada awal perlumbaan sebelum kering. Hujan renyai semasa perlumbaan sebelum kering. | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Masa | 1:35.908 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Felipe Massa | Ferrari |
| Masa | 1:37.454 pada pusingan ke-56 | |
| Podium | ||
| Pertama | Kimi Räikkönen | Ferrari |
| Kedua | Fernando Alonso | McLaren-Mercedes |
| Ketiga | Felipe Massa | Ferrari |
Grand Prix China 2007 (nama rasmi: IV Sinopec Chinese Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 7 Oktober 2007. Perlumbaan ini merupakan perlumbaan yang ke-16 dalam kalendar Formula Satu musim 2007. Ia diadakan pada 5–7 Oktober di Litar Antarabangsa Shanghai, Shanghai, China. Perlumbaan ini dimenangi oleh pemandu Ferrari, Kimi Räikkönen, dengan Fernando Alonso mendapat tempat kedua dan Felipe Massa di tempat ketiga. Kemenangan Räikkönen merupakan kemenangan Grand Prix yang ke-200 bagi Ferrari.