Grand Prix Bahrain 2012
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-4 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
| Tarikh | 22 April 2012 | |
| Nama rasmi | 2012 Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix | |
| Lokasi | Litar Antarabangsa Bahrain Sakhir, Bahrain | |
| Litar | Kemudahan perlumbaan tetap 5.406 km (3.359 batu) | |
| Jarak | 57 pusingan, 308.236 km (191.530 batu) | |
| Cuaca | Panas ,suhu udara :27°C | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Masa | 1:32.422 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Masa | 1:36.379 pada pusingan ke-41 | |
| Podium | ||
| Pertama | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Kedua | Kimi Räikkönen | Lotus-Renault |
| Ketiga | Romain Grosjean | Lotus-Renault |
Grand Prix Bahrain 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix) ialah perlumbaan bermotor Formula Satu yang berlangsung pada 22 April 2012 di Litar Antarabangsa Bahrain, di Sakhir, Bahrain. Ini menandakan kembalinya perlumbaan Formula Satu ke Bahrain setelah perlumbaan 2011 dibatalkan akibat protes anti-kerajaan yang berlangsung ketika itu.
Keputusan untuk tetap mengadakan perlumbaan walaupun berdepan dengan bantahan menjadikannya perlumbaan Grand Prix yang paling berkontroversi dalam sejarah F1. Sebastian Vettel memenangi Grand Prix ini setelah bermula dari petak pertama.