Grand Prix Australia 2013
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-1 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2013. | ||
| Tarikh | 17 Mac 2013 | |
| Nama rasmi | 2013 Formula 1 Rolex Australian Grand Prix | |
| Lokasi | Melbourne Grand Prix Circuit, Melbourne, Australia | |
| Litar | Litar jalan sementara 5.303 km (3.295 batu) | |
| Jarak | 58 pusingan, 307.574 km (191.12 batu) | |
| Cuaca | Berawan, tenang dan kering
Suhu litar 18 °C (64 °F) Suhu litar 25 °C (77 °F) jatuh ke 19 °C (66 °F) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Masa | 1:27.407 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Kimi Räikkönen | Lotus-Renault |
| Masa | 1:29.274 pada pusingan ke-56 | |
| Podium | ||
| Pertama | Kimi Räikkönen | Lotus-Renault |
| Kedua | Fernando Alonso | Ferrari |
| Ketiga | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
Grand Prix Australia 2013 (nama rasmi: 2013 Formula 1 Rolex Australian Grand Prix) adalah perlumbaan bermotor Formula Satu yang berlangsung pada 17 Mac 2013 sebagai perlumbaan pembukaan musim bagi Kejuaraan Dunia Formula Satu musim 2013. Perlumbaan ini diadakan di Melbourne Grand Prix Circuit, Albert Park, Melbourne. Perlumbaan ini dimenangi oleh pemandu Lotus, Kimi Räikkönen. Pemandu Ferrari, Fernando Alonso, menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala juara dunia bertahan dari pasukan Red Bull, Sebastian Vettel, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.