Grand Prix Australia 2011

  Grand Prix Australia 2011
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-1 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2011.

Tarikh 27 Mac 2011
Nama rasmi 2011 Formula 1 Qantas Australian Grand Prix
Lokasi Melbourne Grand Prix Circuit, Melbourne, Australia
Litar Litar jalanan sementara
5.303 km (3.295 batu)
Jarak 58 pusingan, 307.574 km (191.12 batu)
CuacaCerah
Petak pertama
Pemandu Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:23.529
Pusingan terpantas
Pemandu Felipe Massa Ferrari
Masa 1:28.947 pada pusingan ke-55
Podium
Pertama Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Kedua Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Ketiga Vitaly Petrov Renault
Peneraju pusingan

Grand Prix Australia 2011 (nama rasmi: 2011 Formula 1 Qantas Australian Grand Prix) merupakan sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Albert Park di Melbourne pada 27 Mac 2011. Ia merupakan perlumbaan ke-76 dalam sejarah Grand Prix Australia, yang bermula dengan 100 Miles Road Race pada tahun 1928. Mula-mula dirancangkan sebagai perlumbaan kedua dalam kalendar Formula Satu musim 2011, ia menjadi perlumbaan pembuka musim ekoran pembatalan Grand Prix Bahrain akibat ketegangan awam di negara itu.

Perlumbaan sebanyak 58 pusingan ini dimenangi oleh Juara Dunia bertahan, Sebastian Vettel bagi pasukan Red Bull Racing, setelah bermula dari petak pertama. Lewis Hamilton mendapat tangga kedua untuk McLaren, manakala Vitaly Petrov dari Renault mendapat tempat ketiga untuk mendapat podium pertama dalam kerjayanya.