Grand Prix Amerika Syarikat 2012

  Grand Prix Amerika Syarikat 2012
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-19 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012.

Circuit of the Americas
Tarikh 18 November 2012
Nama rasmi 2012 Formula 1 United States Grand Prix
Lokasi Circuit of the Americas
Travis County, Austin, Texas
Litar Litar perlumbaan tetap
5.516 km (3.427 batu)
Jarak 56 pusingan, 308.896 km (191.912 batu)
CuacaBerawan
23 °C (73 °F)
Petak pertama
Pemandu Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:35.657
Pusingan terpantas
Pemandu Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:39.349 pada pusingan ke-56
Podium
Pertama Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Kedua Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Ketiga Fernando Alonso Ferrari
Peneraju pusingan

Grand Prix Amerika Syarikat 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 United States Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Circuit of the Americas, di Travis County, berhampiran Austin, Texas. Perlumbaan ini diadakan pada 18 November 2012, dan merupakan perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2012. Ia merupakan perlumbaan Formula Satu yang pertama diadakan di litar serba baru ini, dan merupakan Grand Prix Amerika Syarikat yang pertama sejak tahun 2007.

Sebastian Vettel memulakan perlumbaan ini dari petak pertama. Lewis Hamilton memenangi perlumbaan ini, dengan Vettel mendapat tempat kedua dan Fernando Alonso di tempat ketiga. Keputusan Vettel sudah memadai bagi Red Bull Racing untuk memenangi Kejuaraan Pengeluar.

Ini merupakan perlumbaan yang ke-100 bagi Sebastian Vettel.