Gracilaria

Gracilaria
Pengelasan saintifik
Domain:
Eukaryota
(tanpa pangkat):
Archaeplastida
Filum:
Rhodophyta
Kelas:
Florideophyceae
Order:
Gracilariales
Keluarga:
Gracilariaceae
Genus:
Gracilaria

Greville, 1830

Gracilaria ialah sejenis tumbuhan dari genus (kumpulan) alga merah dalam keluarga Gracilariaceae. Ia terkenal dengan kepentingannya dari segi ekonomi sebagai agarophyte, iaitu digunakan untuk membuat agar-agar, serta penggunaannya sebagai makanan untuk manusia dan pelbagai spesies kerang. Pelbagai spesies dalam genus ini dibiakkan di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan Oceania. Ia juga menghasilkan lebih 90% daripada agar-agar dunia.