Gorengan
| Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
| Gorengan | |
|---|---|
Epal goreng | |
| Nama alternatif | Goreng tepung |
| Jenis | Donut |
| Tempat asal | Indonesia |
| Bahan utama | Bater |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Gorengan (Jawi: ݢوريڠن) atau goreng tepung ialah hidangan masakan melibatkan pencelupan makanan dalam adunan tepung dan air sebelum kemudiannya digoreng dengan minyak yang banyak yakni "digoreng celup". Cucur boleh juga digolongkan dalam teknik ini walaupun ia lebih kepada penyuduan adunan dalam kepingan kecil yang digoreng. Hasil penggorengan ini disajikan sebagai pencuci mulut, hidangan sampingan ataupun hidangan utama.
Di kebanyakan negara Asia Tenggara seperti di Malaysia dan Indonesia, terdapat banyak jenis makanan yang digoreng celup seperti pisang, cempedak, nangka dan pelbagai bahan lain di gerai-gerai yang sering mempunyai kuali besar berisi minyak banya