Donat

Donat
دونت
Donat gelang bersadur gula kastor
Nama alternatifBeigne 
JenisDoh goreng
Tempat asalAmerika Syarikat
Bahan yang biasa digunakanTepung gandum, ubi kentang, telur, serbuk penaik, gula, susu, flavour enhancer 
Cara penyediaanGoreng celur 
sunting · sunting di Wikidata

Donat merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh mahupun satu adunan cair. Kebanyakan donat boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donat seperti gelang atau cincin, dan donat yang berinti yang dimasukkan kastard, krim dan jem, serta lain-lain manisan (dalam bentuk cecair dan krim).

Waktu pemakanan dan penyedian kuih ini sering dilakukan pada waktu pagi hingga ke petang. Pemakanan kuih ini lebih bercirikan snek dan manisan.

Di antara penggunaan bahan asas utama donat adalah ibu roti atau yis. Setiap penggunaan ibu roti sebagai bahan penaik roti, ia dikenali sebagai roti penaik. Manakala roti yang tidak digunakan ibu roti, dikenali roti tanpa penaik.