Kuali

Kuali (Jawi: كوالي) adalah alat berupa bekas besi berbentuk bulat mencembung mungkum di dasar yang digunakan untuk tujuan memasak; ia terdapat di bahagian-bahagian Timur, Selatan dan Tenggara benua Asia. Alat ini digunakan dalam pelbagai cara memasak termasuk menggoreng (baik cara kacau, tohor atau celur), mengukus, merebus didih atau carak, menumis reneh, membakar, merendidih, membuat sup, menyalai dan memanggang.