Gonorea
| Gonorea | |
|---|---|
Nama lain | Gonorrhoea, jangkitan gonokokus, uretritis gonokokus |
| Lesi gonokokus pada kulit | |
| Sebutan |
|
| Pengkhususan | Penyakit berjangkit |
| Gejala | Tiada, nyeri semasa kencing, lelehan faraj/keputihan, lelehan dari zakar, sakit pelvis, sakit buah zakar |
| Kerumitan | Penyakit radang pelvis, keradangan epididimis, artritis septik, endokarditis |
| Punca | Neisseria gonorrhoeae biasanya bawaan kelamin |
| Menguji air kencing, uretra untuk lelaki, atau serviks untuk perempuan | |
| Pencegahan | Kondom, mengadakan hubungan seks dengan hanya satu orang yang tidak dijangkiti, tidak melakukan hubungan seks |
| Rawatan | Ceftriaxone melalui suntikan dan azithromycin melalui mulut |
| Kekerapan | 0.8% (wanita), 0.6% (lelaki) |
| sunting | |
Penyakit gonorea ialah salah satu penyakit kelamin (STI) yang disebabkan oleh organisma yang dikenali sebagai Neisseria Gonorrhoeae. Jangkitan mungkin melibatkan alat kelamin, mulut, atau rektum. Lelaki yang dijangkiti mungkin mengalami kesakitan atau nyeri ketika membuang air kecil, lelehan dari zakar, atau sakit buah zakar. Wanita yang dijangkiti mungkin mengalami nyeri ketika membuang air kecil, lelehan faraj, pendarahan faraj antara haid, atau sakit pelvis. Komplikasi pada wanita termasuk penyakit radang pelvis dan pada lelaki termasuk keradangan epididimis. Namun, kebanyakan mereka yang dijangkiti tidak mengalami sebarang gejala. Sekiranya tidak dirawat, gonorea boleh merebak ke sendi atau injap jantung.
Gonore disebarkan melalui hubungan seksual dengan orang yang dijangkiti. Ini termasuk seks oral, dubur, dan faraj. Ia juga boleh merebak dari ibu ke anak semasa kelahiran. Diagnosis adalah dengan menguji air kencing, uretra pada lelaki, atau serviks pada wanita. Dianjurkan untuk menguji semua wanita yang aktif secara seksual dan berumur kurang dari 25 tahun setiap tahun serta mereka yang mempunyai pasangan seksual baru; cadangan yang sama berlaku pada lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM).