Uretra

Uretra
Ilustrasi (a) uretra wanita dan (b) uretra lelaki.
Butiran
PendahuluSinus urogenital
ArteriArteri vesikal inferior
Arteri rektum tengah
Arteri pudenal dalaman
UratVena vesikal inferior
Vena rektum tengah
Vena pudenal dalaman
SarafSaraf pudenal
Saraf splanknik pelvis
Pleksus hipogastrik inferior
LimfaNodus limfa iliak dalaman
Nodus limfa inguinal dalam
Pengenalpastian
nama bahasa Latinurethra vagina; feminina (wanita); urethra masculina (lelaki)
nama bahasa Yunaniοὐρήθρα
MeSHD014521
TAA08.4.01.001F
A08.5.01.001M
FMAFMA:19667
Terminologi anatomi

Uretra (daripada bahasa Yunani οὐρήθρα – ourḗthrā) ialah suatu saluran yang menghubungkan pundi kencing ke meatus urin sebagai saluran keluar air kencing dari badan bagi kedua-dua badan wanita dan lelaki. Dalam wanita manusia serta primat, uretra berhubung dengan meatus urin di atas faraj sementara di marsupial, uretra betina terhubung dengan sinus urogenital.

Sementara wanita hanya menggunakan uretra sebagai saluran keluar urin, lelaki pula menggunakan uretra dalam proses pembuangan urin dan pancutan mani. Sfinkter uretra luaran ialah suatu otot berjalur yang membolehkan kawalan terhadap proses kencing. sfinkter dalaman pula terbentuk daripada otot licin yang melapisi leher pundi dan uretra, dan menerima isyarat saraf dari bahagian simpatetik dalam sistem saraf autonomi. Sfinkter dalam ini wujud dalam kedua-dua badan jantan dan betina.