Gluon

Gluon
Dalam gambar rajah Feynman, pancaran gluon digambarkan sebagai heliks. Gambar rajah ini menunjukkan pemusnah-habisan elektron dan positron.
Komposisi: Zarah asas
Kumpulan: Boson tolok
Interaksi: Daya nukleus kuat
Pengasas teori: Murray Gell-Mann (1962)
Ditemui: e+e → Υ(9.46) → 3g: 1978 di DORIS (DESY) oleh eksperimen PLUTO; dan

e+e → qqg: 1979 di PETRA (DESY) oleh eksperimen TASSO, MARK-J, JADE dan PLUTO

Simbol: g
Jenis: 8
Jisim: 0 (nilai teori)
< 1.3 meV/ (had eksperimen)
Cas elektrik: e
Cas warna: octet (8 jenis tak bersandar linear)
Spin: 1

Gluon merupakan boson tolok yang mengantarakan daya warna (daya nukleus kuat) di antara zarah-zarah yang mempunyai cas warna, iaitu di antara kuark (dan juga antizarahnya, antikuark).

Ia pertama dikesan sebagai jet ketiga yang terhasil dalam perlanggaran elektron-positron oleh pakatan TASSO di gelung simpanan PETRA pada akhir 1970an. Perlanggaran tersebut biasanya menghasilkan pasangan kuark-antikuark, yang menjelma dalam bentuk dua jet belakang-ke-belakang, tetapi kadang-kadang kuark (atau antikuark) itu boleh menyinarkan sebiji gluon dalam proses bremsstrahlung gluon, untuk memberikan jet ketiga.