Cas elektrik
Cas elektrik ialah sifat fizik bagi jirim yang menyebabkannya mengalami daya apabila ditempatkan di dalam medan elektromagnet. Cas dihitung dengan unit e (cas keunsuran) hampir-hampir sama dengan 1.602×10−19 coulombTemplat:Physconst (kecuali untuk zarah kuark yang mempunyai cas yang merupakan gandaan integer e/3) bersamaan 4.77 ×10−10 unit elektrostatik. Terdapat dua jenis cas elektrik – positif milik proton mempunyai satu cas e yang genap bilangan elektron luarnya, dan negatif dengan satu cas -e yang ganjil atau lebih. Bahan bercas sejenis akan saling tolak-menolak: cas positif menolak cas positif lain, tetapi tertarik dengan bahan bercas negatif; begitu juga sebaliknya. Konsep cas elektrik prinsip dasar untuk menjelaskan tentang fenomena elektrik.
Unit terbitan Sistem Unit Antarabangsa untuk menyukat sifat ini ialah coulomb (C), namun ampere-jam juga kerap digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik, selain juga unit cas keunsuran (e) dalam bidang kimia. Simbol Q kerap digunakan untuk menandakan cas. Kajian bagi cara bahan bercas bersaling tindak ialah elektrodinamik klasik, yang jitu selagi kesan kuantum boleh diabaikan. Kajian bagi zarah sentiasa berubah, dan cara saling tindaknya ditengahi oleh foton, ialah elektrodinamik kuantum.
Cas elektrik ialah sifat abadi asasi bagi sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan menghasilkan, medan elektromagnet. Saling tindak antara cas bergas dengan medan elektromagnet ialah sumber medan elektromagnet, yang merupakan salah satu daripada empat daya asasi (lihat juga: Medan magnet).