Girls Planet 999
| Girls Planet 999 | |
|---|---|
| Genre | Realiti |
| Pengacara | Yeo Jin-goo |
| Lagu pembukaan | "O.O.O (Over&Over&Over)" |
| Negara asal | Korea Selatan |
| Bahasa | |
| Bilangan episod | 12 |
| Penerbitan | |
| Lokasi | Korea Selatan |
| Tempoh siaran | 85–150 minit 182 minit (Akhir) |
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | CJ E&M |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Mnet |
| Siaran asal | 6 Ogos 2021 – 22 Oktober 2021 |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Boys Planet (2023) |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
| Girls Planet 999 | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Bahasa Cina | |||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 少女星球999:少女們的盛典 | ||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 少女星球999:少女们的盛典 | ||||||||||
| |||||||||||
| Korean name | |||||||||||
| Hangul | 걸스플래닛999: 소녀대전 | ||||||||||
| Hanja | Girls Planet 999:少女大典 | ||||||||||
| |||||||||||
| Nama Jepun | |||||||||||
| Kanji | Girls Planet 999:少女祭典 | ||||||||||
| Kana | ガールズプラネット999:しょうじょさいてん | ||||||||||
| |||||||||||
Girls Planet 999: The Girls Saga (hanya disebut sebagai Girls Planet 999) adalah sebuah rancangan pertandingan realiti Korea Selatan pada tahun 2021 yang dicipta oleh Mnet. Ia ditayangkan pada 6 Ogos 2021 dan pada asalnya disiarkan setiap hari Jumaat jam 8:20 malam KST untuk sebelas episod pertama sehingga episod akhir pada 22 Oktober, yang disiarkan secara langsung pada 8 malam KST. Ia disiarkan di saluran Mnet, IQIYI, AbemaTV, tvN Asia atau YouTube bergantung pada kawasan penonton.
Sebuah produksi oleh syarikat induk Mnet CJ E&M dan anak syarikatnya Studio Take One, serta bekerjasama dengan pembangun dan penerbit permainan NCSoft, tujuan pertandingan ini adalah untuk melancarkan kumpulan gadis 9 orang ahli baru yang terdiri daripada pelatih dan idola dari China, Jepun dan Korea Selatan. Ujibakat untuk pertandingan diadakan dari bulan Januari hingga Februari 2021.
Dari 13,000 pemohonan, 99 peserta akhir dipilih. 99 peserta ini dibahagi sama dalam tiga kumpulan; K-Group, C-Group dan J-Group.
Dalam episod akhir pada 22 Oktober 2021, yang disiarkan secara langsung, rancangan ini mengumumkan 9 orang ahli terakhir yang akan debut sebagai Kep1er.
Musim kedua bernama Boys Planet dijangka ditayangkan pada 2 Februari 2023 menampilkan pelatih lelaki.