Mohd Ghazali Mohd Seth
| Allahyarham Jeneral (B.) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth PGAT (ATM); PMN (Malaysia); SPMJ (Johor); PSM (Malaysia); DA (Sarawak); SIMP (Pahang); DHMS (Kedah); DPMJ (Johor); PNBS (Sarawak); JMN, KMN (Malaysia); SMJ (Johor); PPC (Sarawak) | |
|---|---|
| Kelahiran | 4 Februari 1929 Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia) |
| Meninggal dunia | 24 Ogos 2021 (umur 92) Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Disemadikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
| Kesetiaan | Malaysia Yang di-Pertuan Agong |
| Perkhidmatan | Tentera Darat Malaysia |
| Tahun perkhidmatan | 1954–1985 |
| Pangkat | Jeneral |
| Arahan | Panglima Angkatan Tentera (1982–85) Panglima Tentera Darat (1977–82) |
| Anugerah | Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Panglima Mangku Negara (PMN) |
| Pasangan | Puan Sri Norziah Dato' Onn |
Allahyarham Jeneral (B.) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali bin Dato' Mohd Seth (4 Februari 1929 – 24 Ogos 2021) merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-7 dari tahun 1982 hingga 1985 dan juga mantan Panglima Tentera Darat dari tahun 1977 hingga 1982.
Ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia selama 8 tahun dari tahun 1977 hingga 1985, beliau pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tiga Yang di-Pertuan Agong iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan (keenam), Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (ketujuh) dan akhir sekali Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor (kelapan).