Gharial

Gharial
Julat zaman: Pliosen – kini
Gharial jantan
Gharial betina dan anak
Pengelasan saintifik
Templat taksonomi hilang (baiki): Gharial
Sinonim
  • Lacerta gangetica Gmelin, 1789
  • Crocodilus gavial Bonnaterre, 1789
  • Crocodilus longirostris Schneider, 1801
  • Crocodilus arctirostris Daudin, 1802
  • Crocodilus gangeticus and C. tenuirostris Cuvier, 1807
  • Rhamphostoma Wagler, 1830

Gharial atau Buaya Sepit nama spesies ia Gavialis gangeticus adalah buaya dalam keluarga Gavialidae yang mendiami sungai-sungai tertentu di timur anak benua India. Ia dikenali kerana bentuk muncung ia yang lonjong tirus dan bergigi rapat untuk menangkap ikan; hujung muncung seakan suatu tempayan kecil iaitu ghara yang memberi nama kepada haiwan ini.

Ia dahulu pernah ditemui sejauh Lembah Indus dengan gambaran tertua berusia sekitar 4,000 tahun. Masyarakat setempat turut menganggap haiwan ini sebagai kenderaan tunggangan dewi Gaṅgā yang mendiami sungai suci serta dewa lautan kepercayaan Hindu. Walau bagaimanapun, spesies ini kini diancam kerana kehilangan habitat dan sumber makanan akibat perlombongan pasir dan penebusan tanah untuk tujuan pertanian; taburan gharial liar telah menyusut secara drastik sejak tahun 1930-an sehingga hanya 2% dari kiraan asal. Bahkan, spesies tersebut telah disenaraikan sebagai terancam genting dalam Senarai Merah IUCN sejak 2007. Dengan hal demikian, rancangan pemuliharaan dimulakan di India dan Nepal memfokuskan pada perkenalan semula gharial dibiak kurung sejak awal 1980-an.