George Armstrong Custer

George Armstrong Custer
Kelahiran(1839-12-05)5 Disember 1839
New Rumley, Ohio
Meninggal dunia25 Jun 1876(1876-06-25) (umur 36)
Little Bighorn, Montana
Tempat pengkebumianawalnya di medan pertempuran;
kemudian dipindahkan ke Perkuburan West Point
KesetiaanAmerika Syarikat
Kesatuan
PerkhidmatanTentera Darat Amerika Syarikat
Tentera Darat Kesatuan
Tahun perkhidmatan1861–1876
PangkatLeftenan Kolonel Mejar Jeneral Brevet
ArahanBriged Michigan

Divisyen Kavalri ke-3
Divisyen Kavalri ke-2

Rejimen Kavalri ke-7
PertempuranPerang Saudara Amerika

Perang Indian Amerika

  • Pertempuran Sungai Washita
  • Pertempuran Little Bighorn 
PasanganElizabeth Bacon Custer
HubunganThomas Custer, saudara lelaki

Boston Custer, saudara lelaki

James Calhoun, ipar lelaki
Tandatangan

George Armstrong Custer (5 Disember, 1839 – 25 Jun, 1876) adalah seorang pegawai Tentera Darat Amerika Syarikat dan komander kavalri semasa Perang Saudara Amerika dan Perang Indian Amerika. Beliau dibesarkan telah di Michigan dan Ohio. Custer menyertai West Point pada tahun 1857, di mana beliau adalah orang terakhir ditauliahkan dari kelas beliau pada tahun 1861. Apabila Perang Saudara meletus, Custer telah dipanggil untuk berkhidmat dengan Tentera Darat Kesatuan.

Custer mendapat reputasi semasa Perang Saudara. Beliau telah terlibat dalam pertempuran besar pertama yang dikenali dengan Pertempuran Bull Run Pertama pada 21 Julai, 1861, berdekatan dengan Washington, D.C.. Hubungan beliau dengan beberapa para pegawai penting banyak membantu karier beliau, sepertimana kejayaan beliau sebagai seorang komander kavalri yang cekap. Semasa perang, Custer telah dinaikkan pangkat ke Kapten dalam Tentera Darat A.S (Mei 1864), dan pangkat sementara Mejar Jeneral (brevet) di dalam tentera darat (Mac 1865) dan mejar jeneral dalam Sukarelawan A.S. (April 1865) pada umur 25. Pada akhir Kempen Appomattox, di mana beliau dan pasukan beliau memainkan peranan penting, Custer telah hadir semasa penyerahan diri Jeneral Robert E. Lee kepada Jeneral Ulysses S. Grant pada 9 April, 1865.

Selepas Perang Saudara, Custer kekal memegang pangkat sebagai mejar jeneral di dalam pasukan Sukarelawan A.S sehingga mereka dikerah semula pada Februari 1866. Beliau diundurkan ke pangkat kekal sebagai seorang kapten dan telah dilantik sebagai Leftenan Kolonel dalam Rejimen Kavalri ke-7 A.S pada bulan Julai 1866. Beliau menuju ke barat pada tahun 1867 untuk berjuang di dalam Perang Indian Amerika. Pada 25 Jun, 1876, semasa mengetuai pasukan beliau di dalam Pertempuran Little Bighorn di Montana menentang pasukan sekutu puak-puak asli Amerika, beliau dan kesemua anggota beliau termasuk dua adik beliau telah terbunuh. Pertempuran ini dikenali dalam sejarah Amerika sebagai "Custer's Last Stand". Custer dan rejimen beliau telah kalah teruk di Little Bighorn yang mana telah menenggelamkan kejaayaan beliau yang terdahulu.