Geografi Negeri Sembilan
Geografi Negeri Sembilan termasuklah kedua-dua geografi fizikal dan manusia di Negeri Sembilan, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat, Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Melaka serta Johor di sebelah selatan, dan Selat Melaka di sebelah barat. Seremban ialah ibu negeri bagi Negeri Sembilan, dan terletak 35 batu (56 km) dari Kuala Lumpur dan 23 batu (37 km) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.