General Electric F414
| F414 | |
|---|---|
| Jenis | Kipas turbo |
| Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
| Pengeluar | General Electric |
| Pertama kali diguna | 20 Mei, 1993 |
| Kegunaan utama | F/A-18E/F Super Hornet |
| Jumlah dibina | 860 (setakat Mei 2009) |
| Dibangunkan dari | General Electric F404 |
General Electric F414 adalah merupakan sebuah enjin kipas turbo pembakaran lanjut di dalam kelas tujahan 22,000 lbf (98 kN) yang dikeluarkan oleh GE Aviation. Enjin F414 telah dibangunkan berdasarkan enjin buatan GE yang paling berjaya iaitu, F404 bagi digunakan pada pesawat Boeing F/A-18E/F Super Hornet dan juga sebagai enjin variasi kepada pesawat JAS 39 Gripen.