JAS 39 Gripen

JAS 39 Gripen
JAS 39 milik Tentera Udara Sweden semasa latihan di Bulgaria pada 2003.
Peranan Tempur pelbagai peranan
Pengeluar Saab
Penerbangan sulung 9 Disember 1988
Mula digunakan 9 Jun 1996
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Sweden
Tentera Udara Czech
Tentera Udara Hungary
Tentera Udara Afrika Selatan
Jumlah dibina 247
Kos program USD 13.54 bilion (2006)
Kos seunit USD68.90 juta (2006)

Saab JAS 39 "Gripen" (Griffin atau "Gryphon") merupakan pesawat pejuang generasi 4.5 yang dihasilkan oleh syarikat aeroangkasa Sweden, Saab. Gripen International bertindak sebagai kontraktor yang bertanggung jawab bagi pemasaran, menjual dan menyokong pesawat pejuang Gripen di seluruh dunia.

Pesawat ini berkhidmat dengan Tentera Udara Sweden, Tentera Udara Czech dan Tentera Udara Hungary dan telah ditempah oleh Tentera Udara Afrika Selatan dan Tentera Udara Diraja Thailand. Sejumlah 236 buah Gripen telah dipesan setakat 2008.